Tuesday, March 20, 2012

C

hari ni aku sangat gembira . dapat jumpa dia .
walaupun dari jauh .
tak mengapa .
janji dapat tengok muka . tapi tak dapat tengok telinga . hhhmm takpe.


weh orang tua !
jangan nak mengada ngada skip kelas lagi !
risau dengan kau ni !
nak repeat lagi ke ?
taknak PT ke ? haiishh .

gambar lama

tiba tiba aku terbukak folder lama dekat laptop .
tersimpan koleksi gambar gambar kau dan aku suatu ketika dahulu .

pelik . aku rasa seperti dah lama masa berlalu .
lama sangat .
sampai aku genang air mata .
video yang aku senyap senyap rakam semasa kau dan aku sedang ber karaoke .
sumpah . aku terasa masa dah lama sangat berlalu .
lukisan kau , baju yang kau beli ,
masih ada . masih simpan . taknak pakai . terasa sayang pulak nak pakai .
biar pudar dimakan usia .

: ' )
sangat cibai sebab kau sombong gila dengan aku sekarang .
apa apa pun .


harap kau sehat dan baik di sana .

jaga diri .

Saturday, March 17, 2012

so sexy yaaww !

harini borig gila .

tu je nak bagitau .



aku nak main game jap .

Wednesday, March 14, 2012

Selasa yang bosan

selasa yang bosan .
jalan jalan danau . kampung bharu .
cyberjaya .
titiwangsa . dan kembali ke nilai .
minyak kereta habis untuk tujuan yang sia sia .

ingatkan nak ajak lepak dengan mira . kawan si bekas .
tetapi beliau ada kelas pagi pulak esok .
jadi aku merantau sorang sorang lepas aku hantar jimik balik .
aku call laa semua rakan rakan lama di taman melawati , bukit bintang , dan keramat . alhamdulillah pada 4 pagi mereka semua kumpul di dataran merdeka . kami pun jalan jalan jalan sehingga sampai di highland towers .
seronok rasanya .

masing masing siap sedia .
angin agak kencang .
dingin terasa menusuk baju .
mata pun sudah kuyu .
elak tido kat kondo hantu ni je.

tapi nasib baik tak ada apa apa yang terjadi ..
tepat pukul 7 pagi aku sampai rumah .
pabila ku buka pintu .
ketibaan ku disambut suara tinggi dan berderau .

nasib baik mak aku ,
kalau tak ,
kalau tak . tak pe la.


aku tido pukul 8 . bangun pukul 8.30 sebab tak dapat tido .
aku nak sarapan pagi .

Friday, March 9, 2012

Sani Bin Haji Sami

Assalamualaikum wahai ayah .
angah rindu ayah .
harap ayah tenang di sana .
kehidupan kolej sangat seronok .

harapan angah nak tunjuk kat ayah yang angah ni anak ayah yang boleh berdikari dan tak nakal macam dulu dah .
tapi tak kesampaian cita cita angah tu .

dulu sebelum ayah pergi kerja ,
ayah mesti cium dahi tiga tiga orang anak ayah ni . :)
angah perasan , tapi angah buat buat tidur .
ayah garang . tapi ayah penyayang .
nampaknya angah ambil perangai garang ayah .

dulu , tiap tiap tahun mesti bercuti satu keluarga .
sekarang dah tak pergi mana mana dah .
duduk rumah je sekarang .

laptop pertama angah yang ayah belikan , dua bulan sebelum ayah pergi tu ,
angah dah jual dah . dah tak power la . :P


tiap tiap malam selalu teringat kat ayah .
kadang kadang terasa nak menangis .
tapi tahan je .
kat kolej bila tengok ada pelajar pelajar bawak bapa diorang pergi kolej ,
angah cemburu . sebab angah dulu pernah ada seorang ayah yang hebat .
ayah tiada pengganti .

maafkan angah sebab angah nakal dulu . :)
biasa laa darah muda bergelora.
angah dah tak gaduh sana sini dah .

dah tau dah kenapa ayah larang tu , larang ni .
sekarang bila dah 19 ni baru tau erti dunia .

adik pun dah besar dah dia . adik ada hati yang tabah .
walaupun ayah dah pergi selama lamanya , dia tetap senyum .
tapi angah tau , dia rindu dengan kasih sayang ayah.

tapi tak mengapa . walaupun hanya 16 tahun dapat rasa curahan kasih sayang ayah .
angah tetap bersyukur dan redha .

moga ayah tenang dan bahagia di sana .
tentang keluarga , ayah jangan risau .
angah akan cuba jadi sekuat ayah dulu . :)




Al-Fatihah .

alahaaiii si capang

tadi niat nak beli kayu snooker . sebab aku nak belajar main snooker .
seronok main snooker.

tiba tiba rina ali , kawan si fara lee C ajak makan sama sama.
aku pergi . dan ada laa dia .
dia . ya . dia . seorang wanita yang pernah aku jatuh hati dan masih terjatuh sampai sekarang walaupun di bibir menyatakan tidak .

dia tengah makan meggi goreng.
tapi tak habis .
baik tak payah makan meggi goreng .
baik kau makan auntie annie's .
lepas tu order roti tisu .
shit gila .
tiba tiba aku rasa sejuk tengok kau makan macam budak budak .

cis !

aku tak suka perasaan ni .
bole buat aku kurang sihat .
buat aku rasa tak de selera makan .
berak tak cebok .
mandi tak sejuk .
gosok gigi tanpa colgate .
makan roti tanpai rokok .


kenapa ni haikal ?
kenapa kau macam ni ?
mana pergi kerajinan kau yang dulu . ?
tertinggal kat nilai ke ?

eh eh kejap kejap .
aku rasa macam aku dah lari topik kat sini .

oh ya . gambar gambar masa kau tengah makan tu . aku snap guna telefon canggih rina .
tak sangka dari tepi kau nampak comot .

mata kau buntang . macam ikan .
gigi kau . err .... gigi kau . gigi kau je lah .
baju kau . lain macam . seksi pulak bagi aku . =____=
maaf lah tak pandang kau sangat tadi .


oh ya . malam ni malam sunyi . hanya dunhill dan suara bingit jimik dan win di rumah sewa ni .

Thursday, March 1, 2012

demam

tekak dah sakit gila gila sejak hari isnin .
bersin tak nak kalah .


pening gila . =,=