Friday, March 9, 2012

Sani Bin Haji Sami

Assalamualaikum wahai ayah .
angah rindu ayah .
harap ayah tenang di sana .
kehidupan kolej sangat seronok .

harapan angah nak tunjuk kat ayah yang angah ni anak ayah yang boleh berdikari dan tak nakal macam dulu dah .
tapi tak kesampaian cita cita angah tu .

dulu sebelum ayah pergi kerja ,
ayah mesti cium dahi tiga tiga orang anak ayah ni . :)
angah perasan , tapi angah buat buat tidur .
ayah garang . tapi ayah penyayang .
nampaknya angah ambil perangai garang ayah .

dulu , tiap tiap tahun mesti bercuti satu keluarga .
sekarang dah tak pergi mana mana dah .
duduk rumah je sekarang .

laptop pertama angah yang ayah belikan , dua bulan sebelum ayah pergi tu ,
angah dah jual dah . dah tak power la . :P


tiap tiap malam selalu teringat kat ayah .
kadang kadang terasa nak menangis .
tapi tahan je .
kat kolej bila tengok ada pelajar pelajar bawak bapa diorang pergi kolej ,
angah cemburu . sebab angah dulu pernah ada seorang ayah yang hebat .
ayah tiada pengganti .

maafkan angah sebab angah nakal dulu . :)
biasa laa darah muda bergelora.
angah dah tak gaduh sana sini dah .

dah tau dah kenapa ayah larang tu , larang ni .
sekarang bila dah 19 ni baru tau erti dunia .

adik pun dah besar dah dia . adik ada hati yang tabah .
walaupun ayah dah pergi selama lamanya , dia tetap senyum .
tapi angah tau , dia rindu dengan kasih sayang ayah.

tapi tak mengapa . walaupun hanya 16 tahun dapat rasa curahan kasih sayang ayah .
angah tetap bersyukur dan redha .

moga ayah tenang dan bahagia di sana .
tentang keluarga , ayah jangan risau .
angah akan cuba jadi sekuat ayah dulu . :)




Al-Fatihah .

1 comment:

  1. Sabar ye haikal..kau bleh buat bpak kau bangga! :)

    ReplyDelete