Sunday, May 20, 2012

Visit Perak 2012

19/5/12

aku , ween , jazz , ali dan RedWine(wan) pergi melancong di Perak .


that was an awesome experience .

dengan makanan ditaja tuan punya rumah .

kami jelajah di gua tempurung .

sebuah gua ekzotik dan cool .

ditambah kerenah rakan rakan .

meriah suasana kami bercuti di sana .

thats a memory of a lifetime .

bersama rakan rakan kolej tidak semestinya akan bersama selamanya .

jadi guna lah masa terluang dengan sebaik baiknya .

kerana perkara ini kita akan ceritakan kepada anak anak tentang pengalaman kita semasa belajar .


dan pada waktu itu apa yang kita hanya mampu buat ialah mengenang kembali detik ini .

ajal maut di tangan tuhan .

mungkin kita akan terus berkawan hingga ke tua .

mungkin tidak .
siapa tahu ?

Insyaallah ikatan persahabatan akan kekal .


#sebelum ke gua .






# Indah ciptaan Allah . :')



#Ikut caption kat atas ni#



# JAZZ #


# maaf wan . gambar kau takde .


Friday, May 18, 2012

Epiphany

malam ni sangat sunyi .


sesunyi cengkerik berlagu .

ditemani bunyi kipas dan gelak tawa rakan rakan kesayangan .

tapi dalam hati masih aku rasa kekurangan .


kekurangan yang aku sendiri tak pasti apakah perasaan ni .

mungkin aku masih tak dapat lupakan yang lama .


mungkin aku patut lupakan dia dan cari yang lebih baik .

mungkin aku risau tentang adik beradik aku di nilai sana.

aku rindu kan ibu aku .

aku rindu arwah Ayah aku .

yang dulunya dilengkapi 5 anggota yang hanya tinggal 4 .

aku terbayangkan diri aku di tempat ibu aku .


ibu sangat tabah mendidik anak anak dia .

aku tau aku paling susah ibu nak jaga .


terima kasih ibu .

terima kasih atas segala galanya .

maafkan angah dari hujung rambut sampai hujung kaki .

ibu dan keluarga lah amat penting dalam hidup angah sekarang ni .

Ya Allah peliharalah mereka dari segal kejahatan sepanjang ketiadaan aku di sisi mereka .
sihatkanlah tubuh badan mereka. berilah mereka kesejahteraan dan kesenangan hidup di bawah rahmat-Mu.


Amin .

Sayang ibu sampai mati . :')

Perasaan Celaru

aku tak tau nak pilih siapa .

aku takut aku akan buat pilihan yang salah .

maafkan aku .


kamu bertiga sangat baik dan sangat sempurna di mata aku .

tetapi buat masa sekarang tolong jangan paksa aku .

aku sangat sangat perlukan masa dan ruang sendiri buat masa ni .

banyak perkara berlaku yang kamu bertiga tak tahu .


sekali lagi .

Minta Maaf .

Truth is always bitter

pertama tama sekali , sila sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah Izzat Haswan atau nama samaran beliau KOKI . ayah beliau meninggal pada 18May2012 pada pukul 4Petang . semoga arwah dicucuri rahmat disisinya.

Koki . aku faham perasaan kau . aku dah lalui dah . 3 tahun dah Dia pergi menyambut seruan Yang Maha Pencipta .

cuma lepas ni aku harap kau jangan lah berubah menjadi yang teruk .

aku faham perasaan kau . kita di landasan yang sama .

aku dah anggap kau macam adik aku sendiri .

lepas ni jaga keluarga kau baik baik .

dengar cakap ibu kau .

sekarang ni ibu lah yang akan jadi Bapa dan Ibu .



Thursday, May 3, 2012

thy love shall eternal

yeah . lama lama baru aku sedar . well . it took one whole year to realise that . we're better off this way . nak call kau ,memang pasti lah kau taknak jawab . ego kau kemain tinggi . okay lets spill it out. i'm sorry for the harsh word .
i'm sorry for the trouble i've had been with you .
i'm sorry for all the babi ,lancau and other uncomfortable words i've spoken .
i'm sorry for not telling you the disease i've been suffered . just don't want to let you worried sick about me . everyday we've fight .
i saw teardrops on your eyes. that shouldn't happen . but it did. everyday we have a truce and ended up with a kiss and smile . i remember the whole story of us.
a wonderful glance from you makes me fromidle towards the suffering night . Izyan Dahlia. actually i'm proud to be loved by you .
to have you even for a short 4months,3weeks and 4days . i miss the moment . every moments of it. i really do . if i had a time machine . i would definitely goes the time when the first time i lay my eyes on you . : ) yeah . mula mula aku jumpa kau . pakai kemaja kotak kotak warna terang. yeah. kau menyerlah antara mereka . dan aku dah mula sedar satu perkara yang pasti .
kesudahan kau dan aku sangat teruk . tetapi Allah merancang dengan sempurna . aku dah mula kenali identiti sebenar aku . aku tak mampu mencari semanja dan sebaik kau . :') yang sanggup tunggu aku balik kerja sampai pukul 3 . aku masih ingat . :') mungkin kau dah lupa . tapi aku ingat . kehidupan aku sangat sempurna di sisi rakan rakan :') mereka lah keluarga . mereka abang kakak dan adik .
mereka segalanya . susah senang bersama . aku bersyukur dapat mereka . kau jaga diri kau di sana .

jangan terlalu sayang seseorang itu . ambil teladan daripada kisah kita. sebuah cerita yang bahagia di awal dan sengsara di penghujung. sekarang hanya sebuah naskah cinta yang pudar ditelan arus masa yang deras .

Monday, April 30, 2012

maaf

heyy kamu . aku nak minta maaf. bukan niat nak mainkan perasaan . aku tak bersedia lagi . masih tak terbuka hati lagi nak cari orang lain lagi . maaf okay ? pasal aku dengan cahaya . gambar tu hanya gambar . cahaya itu just my crush . MY CRUSH . kami tak ada apa apa pun . just teman tapi mesra . heyy kamu. the past still haunts me . hope you'd understand that

one of a kind

Izyan Dahlia Binti Bahari . you're one in a million . harap dapat jumpa mirip kau kat kolej semester depan . :) moga kau gembira dengan kehidupan kau sekarang .

Sunday, April 29, 2012

Bertunang

Alhamdulillah . akhirnya rakan baik ku kedua dua nya selamat bertunang di halaman kampung. cinta mereka dihalang keluarga masing masing kerana keturunan . Azeem berketurunan wolve manakala nazz hermione berketurunan vampire . mereka melarikan diri di negara Malaysia dan mulakan kehidupan baru . seorang menjadi pelajar di poli ipoh . mana kala seorang lagi pelajar uitm . okay aku tak boleh taip panjang panjang sebab selsema. senang cerita , mereka bercinta hingga ke tahun ini . THE END . #cerita tipu. sebenarnya mereka hanya kekasih lagi# :D

Tuesday, April 24, 2012

My Light




hey cahaya .
aku gembira dapat bergambar dengan kau .

you're beautiful in your way .

dari semester satu lagi nak bergambar .
tapi malu menguasai diri .

hope you're happy with the one that you've chose .
by the way im right here in every step of the way .
i'll be your shadows.
as long as i remember .
kau orang pertama yang buat aku rasa selamat . :')

moga kau ceria selalu .

Tuesday, March 20, 2012

C

hari ni aku sangat gembira . dapat jumpa dia .
walaupun dari jauh .
tak mengapa .
janji dapat tengok muka . tapi tak dapat tengok telinga . hhhmm takpe.


weh orang tua !
jangan nak mengada ngada skip kelas lagi !
risau dengan kau ni !
nak repeat lagi ke ?
taknak PT ke ? haiishh .

gambar lama

tiba tiba aku terbukak folder lama dekat laptop .
tersimpan koleksi gambar gambar kau dan aku suatu ketika dahulu .

pelik . aku rasa seperti dah lama masa berlalu .
lama sangat .
sampai aku genang air mata .
video yang aku senyap senyap rakam semasa kau dan aku sedang ber karaoke .
sumpah . aku terasa masa dah lama sangat berlalu .
lukisan kau , baju yang kau beli ,
masih ada . masih simpan . taknak pakai . terasa sayang pulak nak pakai .
biar pudar dimakan usia .

: ' )
sangat cibai sebab kau sombong gila dengan aku sekarang .
apa apa pun .


harap kau sehat dan baik di sana .

jaga diri .

Saturday, March 17, 2012

so sexy yaaww !

harini borig gila .

tu je nak bagitau .



aku nak main game jap .

Wednesday, March 14, 2012

Selasa yang bosan

selasa yang bosan .
jalan jalan danau . kampung bharu .
cyberjaya .
titiwangsa . dan kembali ke nilai .
minyak kereta habis untuk tujuan yang sia sia .

ingatkan nak ajak lepak dengan mira . kawan si bekas .
tetapi beliau ada kelas pagi pulak esok .
jadi aku merantau sorang sorang lepas aku hantar jimik balik .
aku call laa semua rakan rakan lama di taman melawati , bukit bintang , dan keramat . alhamdulillah pada 4 pagi mereka semua kumpul di dataran merdeka . kami pun jalan jalan jalan sehingga sampai di highland towers .
seronok rasanya .

masing masing siap sedia .
angin agak kencang .
dingin terasa menusuk baju .
mata pun sudah kuyu .
elak tido kat kondo hantu ni je.

tapi nasib baik tak ada apa apa yang terjadi ..
tepat pukul 7 pagi aku sampai rumah .
pabila ku buka pintu .
ketibaan ku disambut suara tinggi dan berderau .

nasib baik mak aku ,
kalau tak ,
kalau tak . tak pe la.


aku tido pukul 8 . bangun pukul 8.30 sebab tak dapat tido .
aku nak sarapan pagi .

Friday, March 9, 2012

Sani Bin Haji Sami

Assalamualaikum wahai ayah .
angah rindu ayah .
harap ayah tenang di sana .
kehidupan kolej sangat seronok .

harapan angah nak tunjuk kat ayah yang angah ni anak ayah yang boleh berdikari dan tak nakal macam dulu dah .
tapi tak kesampaian cita cita angah tu .

dulu sebelum ayah pergi kerja ,
ayah mesti cium dahi tiga tiga orang anak ayah ni . :)
angah perasan , tapi angah buat buat tidur .
ayah garang . tapi ayah penyayang .
nampaknya angah ambil perangai garang ayah .

dulu , tiap tiap tahun mesti bercuti satu keluarga .
sekarang dah tak pergi mana mana dah .
duduk rumah je sekarang .

laptop pertama angah yang ayah belikan , dua bulan sebelum ayah pergi tu ,
angah dah jual dah . dah tak power la . :P


tiap tiap malam selalu teringat kat ayah .
kadang kadang terasa nak menangis .
tapi tahan je .
kat kolej bila tengok ada pelajar pelajar bawak bapa diorang pergi kolej ,
angah cemburu . sebab angah dulu pernah ada seorang ayah yang hebat .
ayah tiada pengganti .

maafkan angah sebab angah nakal dulu . :)
biasa laa darah muda bergelora.
angah dah tak gaduh sana sini dah .

dah tau dah kenapa ayah larang tu , larang ni .
sekarang bila dah 19 ni baru tau erti dunia .

adik pun dah besar dah dia . adik ada hati yang tabah .
walaupun ayah dah pergi selama lamanya , dia tetap senyum .
tapi angah tau , dia rindu dengan kasih sayang ayah.

tapi tak mengapa . walaupun hanya 16 tahun dapat rasa curahan kasih sayang ayah .
angah tetap bersyukur dan redha .

moga ayah tenang dan bahagia di sana .
tentang keluarga , ayah jangan risau .
angah akan cuba jadi sekuat ayah dulu . :)




Al-Fatihah .

alahaaiii si capang

tadi niat nak beli kayu snooker . sebab aku nak belajar main snooker .
seronok main snooker.

tiba tiba rina ali , kawan si fara lee C ajak makan sama sama.
aku pergi . dan ada laa dia .
dia . ya . dia . seorang wanita yang pernah aku jatuh hati dan masih terjatuh sampai sekarang walaupun di bibir menyatakan tidak .

dia tengah makan meggi goreng.
tapi tak habis .
baik tak payah makan meggi goreng .
baik kau makan auntie annie's .
lepas tu order roti tisu .
shit gila .
tiba tiba aku rasa sejuk tengok kau makan macam budak budak .

cis !

aku tak suka perasaan ni .
bole buat aku kurang sihat .
buat aku rasa tak de selera makan .
berak tak cebok .
mandi tak sejuk .
gosok gigi tanpa colgate .
makan roti tanpai rokok .


kenapa ni haikal ?
kenapa kau macam ni ?
mana pergi kerajinan kau yang dulu . ?
tertinggal kat nilai ke ?

eh eh kejap kejap .
aku rasa macam aku dah lari topik kat sini .

oh ya . gambar gambar masa kau tengah makan tu . aku snap guna telefon canggih rina .
tak sangka dari tepi kau nampak comot .

mata kau buntang . macam ikan .
gigi kau . err .... gigi kau . gigi kau je lah .
baju kau . lain macam . seksi pulak bagi aku . =____=
maaf lah tak pandang kau sangat tadi .


oh ya . malam ni malam sunyi . hanya dunhill dan suara bingit jimik dan win di rumah sewa ni .

Thursday, March 1, 2012

demam

tekak dah sakit gila gila sejak hari isnin .
bersin tak nak kalah .


pening gila . =,=

Monday, February 27, 2012

infinite love

aku sebak tengok rakan aku menangis sebab rindukan orang yang dia sayang . :'(

dude . kau paling baik antara kami . bukan nak cakap apa . tapi kitorang memang dah muhasabah diri . :)

its okay . lelaki menangis itu tak melemahkan atau menjatuhkan maruah .
go ahead bro . menangis lah . :)
aku faham perasaan kau bila dah rindu orang yang kita sayang .
its okay . luahkan . jangan pendam okay ?

to housemate - aku sayang kamu kamu kamu sangat sangat . don't break up once we've reached the top . stay united . stay strong . <3

secebis harapan

maybe i found her . maybe not .
taknak mengharap .
biar , tengok , teliti , faham semua keadaan dulu . :)

Wednesday, February 15, 2012

hari paling indah rasanya

hari ini sungguh indah .
bangun lambat sampai tak pergi kelas .

mandi dengan air warne kuning kuning keemasan .
naik tren asyik kene pijak kasut .
masuk kelas banyak kerja tak buat .

indah nya hari ni . macam pundek . !

tapi takpa . aku kene rileks . rockstar macam aku tak bole gabra gabra .
oh yaa lupa nak bagitau .

hari ni air takde kat rumah aku .
dan sedang aku menaip post ni . aku sedang menahan taik yang dah mengintai intai
di lubang jubo ku .
dengan gas gas berbau mayat keluar menerjah masuk ke lubang hidung rakan rakan .
muka masing masing pun berkerut . malu untuk aku mengaku bahawa gas yang berbahaya itu ada lah dari isi perut ku sendiri .

adoh .
tahi sedang mengintai di lubang jubo lagi .

apa dia nak agaknya ?
kalau nak keluar , jangan laa sekarang . sekarang takde air .
kalau dah keluar pun , aku nak bersihkan jubo aku pakai apa ?
lepas tu takkan nak biarkan tahi tahi aku yang berketul tu menimbul di dasar jamban ?


gila gila gila .

oh tidak !

satu lagi lepasan gas berbahaya terjadi .










cepat lah ada air . cepat laa . =______=

Tuesday, February 14, 2012

cahaya ku yang sombong

heyyy cahaya .
aku rindu kau .

rindu rindu rindu .

tapi kau sombong dengan aku .
kenapa agaknya ?
aku rasa aku takde laa kentut atau bawak parang pergi kolej .
aku rasa aku tutup aurat . takde pakai seluar pendek dengan singlet pergi kolej .

kau takot aku berambut panjang ke ?
mungkin aku makan tak pakai sudu dan garpu?
atau aku isap rokok dan buang puntung merata rata ?
aku mandi tak pakai sabun dettol?
aku gosok gigi tak pakai colgate ?

mana satu ni haa cahaya ?
sumpah doh rindu kau . rindu gila .

aku tak tau macam mana nak berhadapan dengan kau . selalu duduk belakang kau .
tadi pun duduk depan kau .
saje nak duk dekat dekat .
rindu suara kau yang selalu aku dengar dulu dulu tu .

sumpah .

cahaya . maaf kalau aku ada buat salah .

dan maaf . aku takbole tulis blog ni panjang panjang .

sebab line macam pukimak haram natte beruk berbulu coklat .

Monday, February 6, 2012

3.50 pagi








aku terasa sunyi . =,=

malam luahan perasaan

iyee malam ni aku rasa lapang dada .
aku menangis malam ni .

iyee aku menangis .

lepas aku luah perasaan aku dengan orang tua azira .

she's a good listener .

aku selesa bila dengan dia .

malam ni aku tidur senang . :D

dahlia

kau beri impak yang besar dekat aku .

perubahan yang disedari keluarga dan manfaat diri yang berbeza.

tapi sayang tak lama jodoh kita.

tapi takpa. perlahan lahan aku cuba terima hakikat .

walaupun kau dah sombong nak mati dengan aku .

walaupun kau tak reply mesej aku . (ni paling babi)

birthday kau dulu , kau call aku dari pukul 2 sampai pukul 5 lebih . walaupun aku ada exam esok . aku sanggup tak tido sebab nak dengar suara kau .sebab aku rindu .

tapi sekarang aku tak tau kenapa lost contact . cibai jugak kau ni . haha

tapi takpa . aku tetap mengharapkan yang kau akan berjaya satu hari nanti .

moga cita cita kau tercapai .

moga kau bahagia dengan si dia yang baru .





aku pun nak cari baru .

tapi mesti tak sama macam kau .

perangai kau yang suka cari pasal dengan aku .

manja kau yang selalu buat aku cair .

badan kau yang hot . (apa kena mengena ni ? =___= .haha)

suara kau yang serak serak basah macam lelaki .

tapi takpa . tapi takpa .


aku akan anggap benda ni satu pengalaman hidup yang paling menyeronokkan .







Yours Truly ,
Mohd Haikal

wishes from the bottom of my heart

errgghhh kenapa laaa tiba tiba aku rasa rindu ni .

sumpah tak bole blah !

nak dengar lagu pun tak boleh !

apehal kau ni haikal ?

come on lah .

tu mainan perasaan .

takpe ramai lagi kat luar tu .

kau kene terus mencari dan mencari .






tapi .
sampai bila aku harus terus mencari ?
takkan lah sampai dah nak senja baru dapat ?
gila apa .
orang lain dah bercicit dah bila umur cecah 80.
aku bila 48tahun baru ada anak tahun satu dekat salah sebuah sekolah rendah di malaysia .
tapi jangan lah sampai macam tu sekali .

taknak laa macam tu .
taknak .
taknak.
aku kata taknak .





dah lah dengan taknak aku tu .


sekarang aku dah hafal lagu sesuci lebaran .
nanti raya tahun ni aku karaoke.









#sedang Skype dengan orang tua#

Malam Isnin

selamat malam semua .
malam ni malam yang sunyi .
aku nak skype . tapi tak dapat .
mungkin sebab malam . takde lampu di bilik mereka .

oh tak mengapa .

biar aku syok sendiri di katil empuk ni .

dengar lah lagu sampai aku tertido dibuai mimpi yang deathcore .

Sunday, February 5, 2012

Isnin

selamat pagi . walaupun aku bangun pukul 3.30 . tapi pedulik lah ! selamat pagi semua .
hari ni sangat bosan .
macam mana tak bosan ?
motor dah takde .


kenapa motor kau dah takde ? *tanya suara hati aku*


aku malas lah nak layan kau ni hati . buat sakit hati . =='

okay berbalik kepada hari yang bosan .

oh ye . hari ni hari istimewa untuk kaum india .

selamat menyambut hari ponggal .!

semoga kamu kamu kamu semua seronok meraikan nya .

okay ni ada soalan cepuk emas yang agak menganjing .

#kenapa blog kau takde hiasan ? gambar banyak yang best best dan lagu yang menenangkan jiwa ? #


jawapan aku - pergi mati . ==' aku tak reti nak buat semua tu . aku hanya berkarya di dalam blog sederhana aku ni . blog ni umpama diari . aku malas nak beli buku diari . sebab voucher buku aku , aku dah guna sampai habis .


kenapa hari ni panas sangat ye ?

berpeluh ketiak aku menulis post ni . =='

entah bila laa malaysia ni nak bersalji . aku teringin nak buat snowman . aku nak amik seketul snow dan taruk dalam mangkuk .
lepas tu aku bubuh sirap , gula merah , susu pekat , cendol , jagung . aku boleh buat ABC . bole buat modal .
biasa lah kalau dah ambik business management ni .
otak kene pandai buat bisnes . takpayah susah susah beli mesin pengisar ais tu .
cedok jee tepi jalan . dah tersedia lah hidangan yang enak lagi manis di atas meja bulat .


dan sampai bila lagi aku ni nak jadi pemalas ? muda muda dulu aku rajin . bila suruh buat tu buat ni , aku buat je .
sekarang . bila suruh buat tu buat ni , aku hanya angguk kan kepala . tapi kerja tak buat .
kalau buat pun , separuh je .

tak kan lah semangat kptm aku dah luntur ?
mana dia menghilang ?
takkan lah cahaya dah takde ,
harapan Haikal untuk berjaya pun dah takde ?
PUSSY nye haikal ni . BOOOOOO!
=='


eh . kenapa aku maki diri aku ni ?

ishh . aku dah tak tentu hala ni .

mana rokok aku ?
i need my Dunhill ! :(
tapi jujur lah kan .
aku memang rindukan cahaya aku .

entah bila laa dapat lepak sesama lagi .
aku bosan takde dia .




okay sekarang aku nak search google pasal pengajian malaysia aku .











#ini lah saat dibenci.#

Saturday, February 4, 2012

A Thousand Years

hai bekas kekasih . walaupun dah sombong macam pundek dengan aku sekarang .tapi aku rindu kau . harap kau sihat kat sana .








tulis blog sambil bersin ni boleh buat rasa macam nak isap shisha double mint pulak . ehh biarr laa meleleh hingus ni kene keypad . biar tak ramai yang nak pinjam . haha




hari ni hari ahad . bosan . kat tv takde cerita . hari ni hari maulidur rasul . selawat ke atas nabi . sejahtera ke atas rasul .






aku tak makan .tak mandi , tak minum . tapi aku dah isap rokok dah . maklumlah . aku skang malas nak turun bawah .




bila laa aku nak kaya ni ? aku nak makan tutti frutti hari hari .




agak agak kan aku dapat seorang isteri yang lebih muda, sebaya atau lebih tua dari aku ??





okayy ramai tanya aku , kenapa sekarang aku lebih gemar wanita lebih tua dari aku . okay senang je jawapan kau tu kawan . sebab aku suka wanita yang lebih tua adalah kerana wanita lebih tua ni banyak pengalaman . bukan pengalaman main ke romen ke . BABI pemikiran korang ni! hahah . maksud aku bila in a relationship dengan dia ,
hubungan matang dan saling memahami akan terjalin .

macam tu laa konsep yang aku harap kutt .

aku nak wanita tu marah marah aku ke , selalu ada kat sisi aku walaupun dok jauh .

aku nak wanita tu yang selalu bagi aku dorongan dan nasihat . bukan aku je . kene two way communication . baru ada chemistry di situ .

kalau boleh , aku nak hubungan yang kekal lama . kalau bole , sampai ke cicit cicit ,

aku tak nak bercerai hidup . tapi kalau boleh , nak bercerai mati .

macam arwah ayah aku dengan ibu tercinta aku .


mereka berdua dipisahkan atas kehendak Allah .

takpe . ni semua dugaan .

walaupun aku terasa sunyi dok 4 orang je kat rumah besar ni .

duk rumah besar pun tak guna kalau takde kasih sayang .

aku nak sangat perhatian dari ibu aku .

aku nak buktikan yang aku dah boleh berdikari .

walaupun aku baru 19 . tapi disebalik umur tu , tersingkap seribu kisah lampau .


syukur Alhamdulillah aku tak CULTURE-SHOCKED bila dah mai kl . aku tengok suku dari rakan rakan baru aku dekat kptm ni dah terkena penyakit ni . taknak salahkan diorang . tapi . iye . memang salah diorang . babi sapa suruh culture shocked ? haha .



aku tak bole hilangkan sikap suka mencarutt aku ni .tapi aku boleh kurangkan .














#mana tutti frutti ni kawan ? aku dah tungu lama dah ni #

dunia warna warni .

sejak tahun lepas , macam macam pengalaman baru aku dapat . merempat depan klcc , merayau rayau dekat genting , kacau orang mabuk whisky . macam macam laah . senang cerita , aku macam hero dalam underworld , cuma aku takde ketul ketul dekat perut . dekat lengan tu ada laa sikit .

sekarang dah sem dua tapi aku masih tak minat pengajian malaysia . sebab apa ? aku tak suka baca .

tapi aku suka mencipta karya aku . situasi marah , benci , riang , sedih . aku boleh cipta suasana tu .


tapi bergantung kepada keadaan dan rakan rakan . kalau ada kawan kwan yang tak bole bawak gurau , kita bawak dia pergi kubur. suruh dia tanam diri dia sendiri .


berkawan lah kau dengan cacing kat tanah tu .
anyway .



hidup aku dekat kptm kl ni memang seronok . aku dah berkawan hampir semua student dekat kolej .


tapi aku taknak bekawan dengan pak jaga kat situ sebab selalu nak kompaun . dengan rambut aku mcam oliver sykes lagi . dengan pakai tag band dekat id student aku .


dengan suka buat bising dalam kelas , buat hal dalam lif . tapi aku tak conteng lagi dinding kptm tu . lekk luu . aku sayang kptm pulak . haha . setakat ni aku paling rapat dengan orang yang bole bawak merapu dengan aku .


dan rakan rakan yang taksub underground dan segala macam ni aku dah tak rapat dah . buat sakit kepala je .



baik aku layan ombak rindu . daripada aku pukul pukul orang setakat nak tunjuk bagus , baik aku main game gta 4 . bole tembak n langgar lagi orang . tapi aku tak faham . aku berbaik dengan semua orang .


tapi masih ada jugak yang tikam belakang . macam tak takot kene bedai jeee kau ni kan kawan ? bagus laa tu kan . tapi takpa . tunggu masa jee .



sekarang nak mengamuk tak tentu pasal pun tak boleh jugak . kena pandai guna otak .






















#the only way to beat the best , is be the best and die like the rest#






sekarang perot aku lapar . kimak betol jiran aku bawak balik tuti frutti . =,=

Nurazira

dulu dulu aku ada minat seorang gadis ni .takde laa dulu sangat . sem satu lepas . aku sembang macam aku ni dah 90 tahun . takde gigi,isap rokok cengkih , duduk kat kerusi malas kat depan balkoni sambil memandang permandangan indah . aku minat dia dulu sebab wajah beliau seiras seseorang yang pernah aku miliki dulu . mata dia , idung dia , rambut dia . sama . aku pun tak tau kenapa sama . =,= takkan laa adik beradik ?ni kisah lama . tapi saja nak kongsi . ;) haha .
nama dia Nurazira bt Ismail . and dia dah berpunya lah ! adoh . aku tak tau time tu . takkan nak kacau hubungan orang ? gila weh . haha . cinta gadis bahau ini milik seorang jejaka yang bernama Wan Mohamad Khalif . you're a lucky guy bro . jaga orang tua ni elok elok ! :) walaupun dia ni kuat cubet ,tapi aku yakin dia ni baik orangnya . :) kenapa aku yakin ? eh ada laa sebab dia . semua nak bagitau , pocah palo kang!








*Best Wishes For Both of You* <3



#sorry ambik gambar tanpa izin . hihihihi : 3

F

aku click older post antara aku dengan dia . aku rindu saat tu . aku dengan dia dah macam belangkas . :) its not the looks that makes me melt . but her hearts felt like heaven . that what makes you beautiful . :)







yeah memang aku agak selalu mencarut dekat dia . tapi dia agak seronok sebab dia pandai layan aku . :D sayang dia ! tapi ..... *drumrolls* aku tak tau dia punya perasaan macam mana . :) takpe laah . maybe aku tak bersedia lagi . tapi kan cahaya . kau buat sesuatu yang takpernah kawan kawan perempuan aku yang lain buat tau . kau bukak balik hati aku yang dah hampir 10 bulan tertutup dan selalu nangis pasal cinta lama .